Rindu arwah Tok Ayah
18:18
Khamis - 9 Julai 2015
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
' RINDU ARWAH TOK AYAH ' nak tahu kenapa wani cakap rindu? Harini 10Julai2015 genap arwah tok ayah wani pulang ke rahmatullah. Allahu, sedih tak terkata saat arwah pertama kalinya pergi meninggalkan kami semua. Dalam keluarga besar wani kedua dua belah papa dan mama. Arwah tok ayah pergi dulu. Masa 10Julai2012, sebak tak terkata bila bangun subuh papa kata tok ayah dah takda. Allah je tahu bagai nak gugur jantung ni bila dengar tok ayah dah meninggal. Sehari sebelum kejadian wani sempat jenguk arwah dekat hospital. Siapa sangka sehari sebelum arwah pergi keadaan arwah memang sihat walafiat, ceria , boleh gelak, ketawa apa semua. Rupanya keesokan harinya ajal menjemput arwah. Wani pun sempat sembang dengan arwah tok ayah. Dia pegang tangan wani kuat kuat sebelum wani balik. hmmm Tapi wani sedih sebab wani takda disisi tok ayah masa tok ayah menghembuskan nafas terakhir.
Sesungguhnya, wani rindu tok ayah. Sedar tak sedar dah 3 tahun arwah tok ayah pergi meninggalkan kami semua. Orang yang paling rasa kehilangan ialah tok perempuan wani. kami cucu cicit dia panggil tok. Yee laa, dah bertahun tahun hidup bersama tup tup Allah menjemput tok ayah menjadi penghuni syurga. In shaa Allah. Kami semua redha dan ikhlaskan pemergian arwah tok ayah. Allah lebih sayangkan tok ayah.
TOK AYAH!
kak ain doakan tok ayah tenang dialam sana. kami di sini tetap mendoakan tok ayah. Damailah tok ayah. Kami redha. Kami ikhlas. Allahu AL-Fatihah
Salam Sayang,
- Ain Iwani -
0 NiceTalking