Injured
00:13
Isnin - 13 Julai 2015
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Tinggal berapa hari je lagi bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. Perbanyakkan ibadat yee sayang sayang semua. Sama sama kita perbaiki kelemahan diri. Tapi entry kali ni wani nak flashback pasal wani pernah injured dua tahun lalu. Masa wani form 4. INJURED? mesti korang tertanya tanyakan apa yang injured.
Sabar yee sayang semua. meh wani cerita injured kat mana. kalau korang baca pun korang akan cakap cuai. emm emm. tapi nak buat macam mana kan. Benda dah nak jadi. ada satu malam lebih kurang pukul 12 kalau tak silap. wani bukak pintu sliding almari, tup tup tetiba pintu sliding tu terkeluar daripada landasan dia. Lepas tu apa lagi, timpa atas kaki wani laa jawabnya. Cuba bayangkan pintu sliding almari yang kayu jati timpa atas kaki? sakit dia jangan cakap masa tu. Macam nak melompat. Memang malam kejadian tu langsung tak boleh tidur sebab kaki dah mula bengkak dan berdenyut. Allah je tahu betapa nikmat rasa sakit tu. Allahu wani ingatkan sakit tu akan surut keesokannya tapi makin sakit kaki ni. makin hari makin bengkak sampai jadi gelembung air darah. Bila dah biru jari kaki sebab hentakkan tu kuat sangat maka jadilah darah beku. *memang sakit dan tersangat sakit. Hari ketiga kaki makin bengkak tak surut surut, wani pun pergi hospital. Bila pergi je hospital jumpa MA(medical assistant) diaorang pulak menyakat wani. cakap itulah inilah. Dia cakap kena buat minor operation takut jangkitan kuman merebak. Nak tak nak terpaksa akur untuk kebaikkan diri sendiri.
p/s: Haa, sebelum wani cerita details lagi, wani nak bagi peringatan kepada readers yang jenis gerun atau seram pasal darah atau luka semua ni. wani nasihatkan jangan habiskan pembacaan anda. Takut ada yang jenis fobia dengan semua tu. nanti sampai termimpi mimpi. hahahaha
okay bersambung ....
First step MA pecahkan dulu gelembung air darah tu dah macam belon rupanya. bila dia sedut dengan picagari tu boleh dikatakan hampir penuh picagari tu air darah. *gerun kan korang dengar, apatah lagi wani yang hadapi situasi tu. lepas tu dia buang kulit disekeliling ibu jari kaki tu. eeeeuuuuuuu sangat gerun. part dia buang kulit tu wani nangis bunyi satu wad emergency tu. sakit teramat. bayangkan laa dalam aircond lagi dengan lapisan kulit takda tinggal isi semata mata. mahunyaa tak pedih.dah tu MA suntik dengan jarum besar kiri & kanan ibu jari. kira macam bius laa. suntik ubat bius tu pun sakit. tapi still boleh rasa, ubat bius untuk tahan kebas je. seterusnya, dia cabut kuku ibu jari tu sebab nak buang darah beku. hahahaah nikmat sangat rasa. tinggal isi macam tu je. Dah tu dia sapukan iodin. kau ghase? hahah melalak daku kesakitan. meraung tak berlagu. takda bunyi ala ala kpop ke disko ke apa ke. Maka sis pun ber HUHUHU masa tu. lepas minor operation tu kena pergi dressing pulak setiap minggu nak sembuhkan luka buang darah beku apa semua. Ni memang fobia teruk. Iodin disapukan tanpa rasa belas kasihan. mahunyaa tak melalak kesakitan.
Hampir dua minggu wani tak pergi sekolah. nak pergi acana, jalan pun pakai tongkat sakti ala ala nenek kebayan. haha wani dilayan ala ala princess gter. hehehe wani pergi sekolah pun kaki berbalut macam mumia sampai hujung tahun laaa berbalut macam mumia kemana sahaja. Effectnya daripada hentakkan pintu almari tu lepas Xray dokter kata ada retak sikit tulang dan makan masa untuk tulang tu sambung balik. Konklusinya, sampai sekarang laa kesan dia. kejap okay. kejap bengkak. bila bengkak memang sakit laaa sebab kuku mencengkam isi. Jadi anda semua kena berhati hati laa kalau nak buat sesuatu benda. Jatuh saham lerr kalau dah sakit sana sini. hahahah kena alert laa takut benda sebaliknya berlaku.
' sis sekarang memang fobia teruk, kalau nak bukak almari ambik jarak. hahaha '
korang tengok melmel je kan balutan dia. tapi sis yang merasa sakitnya. haha
Salam sayang,
- Ain Iwani -
0 NiceTalking