Faktor berlakunya migraine

22:28

Khamis - 1 Okt 2015


Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Kali ni wani nak share dengan korang faktor berlakunya migraine. Disebabkan wani pun ada migraine dan selalu kena hadap migraine. Bila sekali dah migraine satu apa pun kerja tak boleh nak buat. Rasa pening tu memang tahap gaban laa. Sakit yang tak boleh nak describe dengan kata kata. Fuhhh. tu laa derita migraine.  Tambah pulak wani memang pakai spek lepas tu mengadap screen fone lagi laptop lagi. Nasiblaa. kalau selalunya kalau taktahan sangat wani telan ubat yang dos tinggi laa takpun minum 100plus. Migraine pun much better. Alhamdulillah.


Migrain ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain mungkin tidak mampu menjalankan tugas seharian, tidak boleh makan, minum dan hanya mampu berehat sahaja ketika sakit menyerang. Pesakit migrain sering mengadu sakit berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala. Jika kronik, migrain boleh menyebabkan rasa pening (nausea), muntah, dan juga sensitif terhadap cahaya dan bunyi.


Sebab-sebab gaya hidup mungkin punca utama migrain


§         Tidak cukup atau terlebih tidur, atau tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan migrain


§         Pemakanan yang tidak seimbang 


§         Perubahan cuaca (Ini termasuk keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu)


§         Bunyi dan bau kuat.


§         Menonton TV atau menghadap skrin komputer terlalu lama.


§         Tekanan emosi atau stres


§         Merokok  


§         Jantina (3 – 4 kali lebih kerap di hidapi wanita berbanding lelaki)


§         Ketidakseimbangan hormon ketika datang haid (bagi wanita). 


Namun begitu, punca sebenar penyakit ini masih belum dipastikan sehingga kini.


Pakar kesihatan percaya yang migrain adalah berpunca dari salur-salur darah di dalam kepala yang mengembang dan kemudian menguncup secara mengejut.


Wanita mempunyai kecenderungan menghidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki (75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus. Penemuan terbaru juga mengatakan ia mungkin disebabkan genetik.  



Bila migrain datang, pesakit akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi pesakit yang agak teruk, dos dadah yang lebih tinggi diberikan agar dapat melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan yang ditanggung.

p/s : bagi yang ada migraine teruk cuma pegi klinik or cuba google best way nak rawat migraine. Kalau tak boleh rawat pun at least hilangkan rasa sakit tu. okayy?? *hi 5

Salam sayang,
- Ain Iwani -


You Might Also Like

0 NiceTalking

Shoutbox

Hello Everybody!!ThankYou for Coming here.,Please Leave Some Words here.No Harsh words needed.Being Nice.(:

fanpages

me

Nur Ain Iwani Zailan
19 Chocolate
15 June 1997
Wc @ain_iwani
Machang,Kelantan