Kehidupan
22:28 ღ Assalamualaikum & Salam Sejahtera readers ღ
Lama kan Wanie menghilangkan diri dari dunia blogger?? mesti readers rindu wanie?? hehe *perasan je Maaf sebelum tu sebab lama tak update blog ni. Tak sempat sebab sekarang pun tengah busy dgn study. Memang tak sempat langsung nak mengUpdatekan blog. Hmm, sedihh =( Link blog pun wanie dah tukar kepada ainiwani.blogspot.com again. Wanie pun semakin mature, umur pun meningkat remaja. Tahun depan wanie SPM. wuu, seramm Lagi baik wanie rasa kalau blog ni wanie jadikan seseuatu yang motivated utk diri wanie sendiri. wanie nak kongsikan semua pendapat dan kata-kata semangat utk korang. Baru awesome blog ni. Tapi korang kena laa selalu jenguk blog ni dan bagi moral support. Sharing Is Caring =)
Hidup ni tak selalu senang, ada masanya kita akan rasa susah. Pegangan hidup kita hanya bergantung kepada Allah sepenuhnya selebih itu usaha kita sendiri. Allah tak pernah tidur daripada mendengar luahan hati hambanya. Allah tak pernah abaikan kehidupan kita malahan kita yang mengabaikan perintahNya. Kalau kita sedih, kita rasa tak mampu utk laluinya, tapi ketahuilah bahawa dunia ni bukan kita sahaja penghuninya. Berjuta-juta lagi manusia di bumi Allah ni dalam kesusahan. Allah tak kan menguji seseorang itu kalau dia tak mampu laluinya. Setiap masalah yang kita hadapi pasti ada penyelesaiannya, hak beza cuma cepat atau lambat masalah tu dapat diselesaikan. Jangan fikir yang hidup kita ni sentiasa bermasalah. Masalah tak kan ada kalau kita tak mencarinya. Walauapapun terjadi kita hanya manusia yang selalu buat salah, selalu ada masalah dan tak pernah lepas daripada semua tu. Saat ni yang penting hanyalah Being A Positive Person and Positive Thinker.
ღ Loves,
AinIwani.
0 NiceTalking